Dari permulaan pada tahun 2008, kami terus bergerak untuk MENJANA UMMAH CEMERLANG

Kenali Fortune Munawwarah

Fortune Munawwarah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat tempatan yang terlibat dalam industri Food & Beverages (F&B), dengan fokus kepada pembangunan, pengeluaran dan pemasaran produk makanan dan minuman untuk pasaran Malaysia.

Walaupun Fortune Munawwarah Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2013, perjalanan perniagaan kami sebenarnya bermula lebih awal, iaitu pada tahun 2008, apabila perniagaan ini mula beroperasi sebagai syarikat milikan tunggal di bawah nama Fortune Resources.

Bermula daripada sebuah perniagaan yang dibina secara berperingkat, kami terus berkembang dan memperkukuhkan operasi serta pemasaran syarikat sehingga diteruskan di bawah nama Fortune Munawwarah Sdn Bhd.

Dengan pengalaman yang dibina sejak tahun 2008, kami memahami bahawa kejayaan dalam industri F&B bukan hanya bergantung kepada produk yang baik, tetapi juga kepada kualiti yang konsisten, kepercayaan pengguna, pengurusan yang baik dan kemampuan untuk terus berubah mengikut kehendak pasaran.

Sejak penubuhan kami, kami telah bermula dengan produk Smartcoco A+, dan produk ini telah membantu lebih daripada beribu-ribu pelajar mencapai potensi akademik mereka dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kami telah menerima banyak testimoni kisah kejayaan daripada pengguna kami di peringkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi.

PERJALANAN KAMI

2008 — PERMULAAN

Perjalanan kami bermula pada tahun 2008 melalui penubuhan Fortune Resources sebagai sebuah perniagaan milikan tunggal.

Dengan visi untuk membina perniagaan yang mempunyai potensi jangka panjang dalam industri makanan dan minuman, Fortune Resources memulakan perjalanan dengan membina pengalaman, rangkaian perniagaan dan pemahaman terhadap pasaran pengguna.

2013 — FORTUNE MUNAWWARAH SDN BHD

Pada tahun 2013, perniagaan diteruskan di bawah nama Fortune Munawwarah Sdn Bhd.

Perubahan ini menjadi satu langkah penting dalam perkembangan syarikat untuk membina struktur perniagaan yang lebih kukuh serta mengembangkan operasi, produk dan pasaran.

HARI INI — TERUS BERKEMBANG

Hari ini, Fortune Munawwarah terus berkembang sebagai sebuah syarikat F&B tempatan dengan produk yang dipasarkan melalui kedai runcit, pasar raya dan rangkaian kedai pengedar di Malaysia.

Kami terus berusaha meningkatkan keupayaan pengeluaran, kualiti produk dan kekuatan jenama bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

JENAMA KAMI

Kami membangunkan beberapa rangkaian produk di bawah jenama Fortune Munawwarah yang menyasarkan keperluan dan citarasa pengguna yang berbeza.

Antara jenama utama kami ialah:

Smartcoco A+
Kopi Barli Munawwarah
Colla Coco
Goat A+
Talbinah
Smart Sweet A+

Setiap produk dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pengguna serta peluang dalam pasaran makanan dan minuman halal. Kami percaya kekuatan sesuatu jenama dibina melalui gabungan produk yang baik, kualiti yang konsisten dan kepercayaan pengguna..

KUALITI & KEPERCAYAAN

Dalam industri makanan dan minuman, kepercayaan pengguna adalah perkara yang amat penting. Atas sebab itu, kami memberi penekanan kepada aspek kualiti, keselamatan makanan dan pematuhan standard dalam operasi kami..

Fortune Munawwarah membawa produk yang mempunyai pengiktirafan dan pematuhan seperti:

HALAL CERTIFIED | MeSTI | BUATAN MALAYSIA

Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami berbangga menghasilkan produk yang membawa identiti Buatan Malaysia dan pada masa yang sama berusaha memenuhi jangkaan pengguna terhadap produk makanan dan minuman halal yang berkualiti.

VISI KAMI

Visi kami adalah untuk menjadikan Fortune Munawwarah sebagai salah satu jenama terbaik dalam industri Halal Food & Beverages, serta membawa produk dan jenama kami ke pasaran antarabangsa.

OUR MARKET

Produk Fortune Munawwarah kini dipasarkan di seluruh Malaysia melalui beberapa saluran utama:

Kedai Runcit & Pasaraya:
Produk kami mudah diperoleh melalui rangkaian kedai runcit di pasaran tempatan. Kami juga memperluaskan kehadiran produk melalui saluran pasar raya terpilih.

Belian secara online dan belian terus dari kami:
Produk kami ada didalam belian online yang diedarkan oleh rangkaian pemborong dan peruncit kami. Selain itu produk-produk kami juga boleh didapati terus dari kami, boleh hubungi talian Whatsapp kai 017-437 9124 & 017-479 1274.

Rangkaian Pengedar
Rakan-rakan pengedar merupakan sebahagian penting daripada perkembangan perniagaan kami dan membantu membawa produk Fortune Munawwarah lebih dekat kepada pengguna. Boleh didapati diKiosk-kiosk produk-produk muslim.